my conscience

the whispers that controls me

25 February 2009

Fakta Menarik #1

  1. Telinga kita akan meghasilkan lebih banyak tahi telinga semasa kita takut berbanding jika kita berada dalam keadaan normal. Tapi kalau tahi tu dah tahap sampai meleleh keluar, tu bukan penakut dah. Tu dah tahap pengotor.

  2. Tumbuh-tumbuhan juga boleh mendapat demam jika mereka sakit. Aku tak rasa tumbuhan memerlukan panadol ketika beliau-beliau ni demam.

  3. Berus gigi pertama telah dibuat di China namun bulu nilon pertama yang digunakan untuk memberus gigi telah dicipta oleh DuPont pada tahun 1938. Habis tu berus gigi China tu pakai bulu apa? Khinzir kah?

  4. Jika dikenakan arus elektrik sebanyak 50 volt, ekor seekor kucing akan sentiasa menunjukkan ke arah utara. Bagaimana kalau dikenakan dengan 250 volt. Agak-agak ekor kucing tunjuk arah mana?

  5. Lebih 3 peratus daripada ais yang terdapat di glasier Antartik sebenarnya air kencing penguin. Ini bermakna penguin-penguin tersebut makan, tidur dan bersantai diatas air kencing mereka sendiri?

  6. Tulang peha manusia adalah lebih kuat berbanding konkrit. Tapi kalau kena hempuk dengan konkrit, patah jugak kan tulang tu?

  7. Di Sedalia, Missouri, sesiapa yang didapati bersalah kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan, akan dijatuhkan hukuman berada di rumah perlindungan haiwan selama sebulan. So, janganlah buat perkara #4 di Missouri.

  8. Orang lelaki mempunyai darah yang lebih banyak berbanding wanita, iaitu lelaki mempunyai 1.5 gelen darah manakala wanita hanya 0.875 gelen sahaja. Memang lah. Sebab wanita tiap-tiap bulan hilang darah kan?

Rutin harian aku untuk weekdays memang sama jek. Bangun pagi, pergi airport, petang balik terus pergi ambik adik aku yang darjah 6 tu kat sekolah. Bukan adik aku sorang je. Ada jugak sorang budak lain, anak jiran aku, darjah 5.

Semalam macam biasa, balik airport aku terus ke sekolah budak-budak tu. Lepas ambik diorang, dalam perjalanan ke rumah, tiba-tiba ada bunyi yang pelik, “mooooooooooooahahahahahhaha!!”. Aku tersentak lalu melihat keadaan sekeliling. Bunyik handset ke? Tapi aku bukan pakai ringtone bunyi lembu gila tu.

Aku toleh ke seat belakang. Rupa-rupanya bunyi ringtone system pesanan ringkas dari handset anak jiran aku tu. Dia pandang aku sambil gelak-gelak.

Aku mula berfikir, makin maju budak-budak zaman sekarang. Teknologi di Malaysia semakin pesat membangun selaras dengan keperluan dan gaya hidup masyarakat sekarang. Aku ingat lagi masa first time aku dapat pakai handset, waktu tu aku baru habis SPM.tapi sekarang budak darjah 5 pun dah pakai handset.

Zaman dah berubah. Aku dulu masa kecik-kecik main baling selipar, konda-kondi, galah panjang. Tapi budak-budak sekarang dah tak main dah benda-benda tu semua. PSP, PS2,PS3, Nintendo, semua jadi santapan hiburan untuk mengisi waktu sengang.

Aku pun ada jugak main game masa kecik-kecik. Tapi game yang pakai cartage tu la. Gambar 2D jek. Tapi sudah cukup untuk membuatkan aku terhibur. Game yang aku selalu main, super Mario. Lompat-lompat, kutip duit, selamatkan puteri. pacman yang sampai sekarang pun aku masih tak terer lagi. lepas tu Contra. Game yang wajib. Buat setting nyawa banyak-banyak, lepas tu main sampai lebam. Kalau dah buat macam tu, tapi tak hebat-hebat jugak, tak tahu la nak kata apa. Kalau budak-budak DOTA cakap, NOOB..

Kalau dikenangkan zaman aku dulu, memang lawak dan best. Pada yang lahir pada era hujung 80an dan awal 90an mesti ingat siri TV ni, Gaban, Ksatria Baja Hitam, maskman, mighty morphin power rangers, tomatoman, JEM.. Ah.. banyak lagi lah.. sanggup ponteng kelas agama semata-mata tak nak miss tengok katun.

Abaikan kisah silam tu semua. Apa yang timbul di benak aku cuma pasal teknologi ni. Memang la teknologi memudahkan lebih-lebih lagi bila ada internet ni, teknologi yang tidak sepatutnya kita tolak. Tetapi adakan kemudahan ini akan membaiki kehidupan atau merosakkan?

Aku cuma cakap kosong je. Benda ni terpulang pada individu tu sendiri. Aku ni pun bukan baik sangat. Hahaha! Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal..

18 February 2009

BUSH+SEMAK+LALANG

Shit..
aku kepenatan nak tebas lalang-lalang di e-mail aku..
ada 715 mail lagi belum diteroka..
dah la aku ni pemalas nak check e-mail..
hmmm...hampeh!

05 February 2009

Fucking Pissed Off



Hahaha.. you guys should hear this thing!

Christian Bale mengamuk gila kat set Terminator:Salvation..

Al-kisah nya, si Bale tengah nak melakonkan satu scene yg agak intense untuk filem Terminator tu. Then ada pulak makhluk Tuhan paling seksi, Cinematographer Shane Hurlbut telah lalu lalang depan Bale, konon nya Si Shane tu nak membetulkan lampu.

So, si Bale ni distracted and frustrated. Apa lagi, menyirap la mamat tu tahap dewa-dewi 7 petala langit. mana tak nya,dekat tiga kali dia lalu lalang dan distract Bale.

Sudah nya, lampu pecah, maruah punah, hati parah. nasib baik takda muka yang pecah.

it's kind da funny. Aku da kira berapa banyak perkataan FUCK yang dia sebut..38 times dude!! hahaha!!




notakaki: cool gak kalau buat jadi msg tone. AHAKS!