my conscience

the whispers that controls me

16 November 2008

B.L.O.O.S

Tengah lepak-lepak nak minghilangkan lelah, sambil minum air sirap sejuk, aku pun layan la youtube kejap.macam biasa la, aku kalau bukak youtube, mesti cari video-video yang boleh buat aku gelak sakan sampai meleleh air mata.

Tiba-tiba aku ternampak video ni. "eh ni macam cerita BOLOS kat Astro tu"
sah la memang sebijik. aku pon terus layan kan jek. bersedia atau tidak, bolos saja dinding tuuu!!!



HAHAHAHAHAHA!! memang aku gelak sakan lepas tu. bergegar tingkap-tingkap serta pinggan mangkuk kat rumah akibat hilai tawa aku.

"GEDEBAB!!" ADUH! sakit nya rusuk aku.. impak yang kuat itu membuatkan aku terkedu seketika.

macam mana aku boleh jatuh kerusi ni. tersembam plak tu. sial punya kerusi.

Jeritan Ibunda aku mmbuatkan aku terjaga dari lautan mimpi yang indah.tak la indah sangat pun. Eh, dah pukul 9.00 pagi. Aduh! patut la Ibunda marah. Ni semua bahana PSP la ni. Main god of war sampai tertido.

Syok siak game dia. dulu aku main kt PS2, tapi tak sampai abis. Cilakak punye CD. asik hang jek. Bengang aku. Jap, berbalik pada cita tadi, aku patutnya kena tolong IbuBapa ku yang tecinta hari ni. Diorang nak buat tahlil arwah dengan doa selamat untuk diorang pergi Haji. Tercapai jugak hajat diorang nak tunai kan haji. Alhamdulillah. tapi nanti bermulalah episod kisah hidup membujang aku. Duduk rumah sorang-sorang.demm..

Aku bangun-bangun tengok laptop tak tutup lagi. Online la kejap heheh...update apa yang patut. tengok-tengok apa yang patut. Baca apa-apa yang patut. Pasni g sarap kejap. Pastu baru la ada tenaga untuk bekerja.hehe..

15 November 2008

booosan

AAAAARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!
FFFUUUUCCCCCCCCCCCCCCKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!
WWWWWWWOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku bosan...




pemimpin yang adil sangat dikendaki
penyelamat umat dunia dan akhirat
tiada keadilan umat kan huru hara
pemimpin menanggung dosa rakyatnya

pemimpin yg adil orgnya tawaddu'
boleh duduk sama dgn rakyat-rakyatnya
kehidupannya tidak jauh beza dgn rakyatnya
kepentingan rakyat lebih utama

dia boleh ditegur oleh rakyat-rakyatnya
kasih sayang teserlah di mukanya
sombong dan takabur tiada pada dirinya
rakyat taat dan sayang padanya

kepentingan rakyat sangat dijaga
wang rakyat dan negara tidak disalah guna
rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
rakyat diajak mentaati Allah

pemimpin yang adil mengutamakan akhirat
mengingatkan rakyat tipu dunia
akhlak yang mulia pakaian dirinya
rakyat hormat bukan takut padanya

pemimpin-pemimpin di akhir zaman
kebanyakkan pencetus huru hara
untuk melindungi kesalahan dirinya
dia tuduh orang melakukannya

mana nak dicari pemimpin yang begini


bila aku dengar balik lagu ni,serious aku runsing pikir hal yang berlaku dalam negara aku yang tercinta ni..
melayu sesama melayu pun nak bergaduh..
sikap 'typical' orang melayu , kuat dengki memang sukar nak dikikis..
naik jelik aku tengok.
aku bukan nak berpihak pada mana-mana pun.
negara ni memang memerlukn seorang pemimpin yang betul-betul boleh pakai..
bukan ingat nak kaut duit, masuk kocek sendiri je..
hmmm...

06 November 2008

Stress OUT

5 TANDA-TANDA STRES DAN CARA MENGATASINYA

Ada macam-macam tanda stress dalam diri kita yang kadang-kadang kita tidak sedar. Mari kita lihat apakah tanda-tanda biasa ada pada orang yang mengalami stress.

5 TANDA STRES PADA DIRI

1.Susah tidur.
2.Bengong atau lupa apa yang ingin dilakukan.
3.Fikiran kacau atau mudah mengikut emosi.
4.Susah makan
5.Senang ketawa atau menangis pada waktu yang tak kena. Contohnya KETAWA TERBAHAK-BAHAK semasa menonton cerita yang sangat sedih. Jika perkara ini terdapat pada diri anda maka saya sarankan untuk segera menghubungi pihak Hospital Sakit Jiwa terdekat.mungkin stress anda sudah sampai tahap kritikal dan melebihi paras stress yang selamat.atau nama lain,GILA.

5 CARA UNTUK MENGHILANGKAN STRES

1.Cubalah untuk bertenang,
2.Minum air masak dengan banyak.
3.Dapatkan rehat yang cukup.
4.Berdoa kepada TUHAN dan minta agar stres anda hilang untuk selama-lamanya.
5.Isikan hari anda dengan aktiviti yang sesuai dengan hobi anda, misalnya dengan main badminton, futsal, PS2, siapa tahu mungkin anda akan mendapat inspirasi membuat drama tentang ke-stresan anda.

ini juga merupakan salah satu contoh cara untuk menghilangkan stress


Hidup ini hanya sekali, jangan biarkan stress menguasai diri anda. Jalani hidup anda dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang memadai, jangan banyak sangat…

mengapa???
Sebab anda boleh menjadi semakin STRESS...hehehehehehehe

nota kaki: sori Suma. jangan marah r...hehe. ampun2...

03 November 2008

HARI YANG SIAL

Apa punya sial la.
tengah aku jalan nak balik dari kelas,boleh plak aku bertembung dgn Rudi lecturer bangsat!
Ada saja benda yang tak kena pada mata dia.

kesalahan aku bodo-bodo jek..
-baju tak tuck-in
-rambut tak kemas

sudah nya aku kena jumpa dengan Ketua Hal ehwal pelajar, kena saman.
Apa boleh buat..
sial tetap sial..
nak tak nak aku kena terima..
ala..bukan selalu kena..

Buat Rudi bangsat

Aku ada pernah sakitkan hati kau ke??
Aku ada pernah susahkan kau ke??
Aku ada sibuk pasal kau ke??
Aku ada calarkan kereta kau ke??
Tak pe..tiba saat dan ketika, calar jugak FIAT buruk kau tu

salam JARI TENGAH untuk kau
benci aku dekat kau bertambah-tambah.

Tulus iklas dari aku.

01 November 2008

PERGI TAK KEMBALI

"Along..atok meninggal.."
kata-kata ayah membuatkan aku tersentak..
wajah atok bertubi-tubi menerpa masuk ke dalam kotak fikiran yang sememangnya kosong ni..

"bila meninggal?" aku..
"pukul 3 lebih tadi..Mak Uteh telefon..dah..pegi kemas baju..kita balik Johor." ayah..

dengan langkah yang longlai, aku pegi mendapatkan Ibu..air matanya yang mengalir membuatkan aku menjadi semakin sebak.aku peluk Ibu.cuba untuk menenangkan Ibu..walaupun aku tahu ia tidak akan mengubati kesedihannya..
aku cuba untuk menahan kesedihan..tapi aku tak mampu..

aku rasa macam baru semalam Opah kembali ke Rahmatullah. belum pun pulih kesedihan Ibu, skarang terpaksa menerima kenyataan yang Atok juga telah dijemput untuk kembali ke pangkuan-Nya...



Allahyarham Hj Hashim Bahali
1 November 2008

Allahyarhamah Hjh Khadijah Saidun
12 April 2008



Ya Allah, Aku memanjatkan setulus doa, kurniailah keampunan dan cucurilah rahmat-Mu ke atas roh mereka, semoga dengan rahmat-Mu jua menempatkan mereka bersama-sama di dalam kumpulan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan ahli syurga...

AL-FATIHAH...