my conscience

the whispers that controls me

25 February 2009

Fakta Menarik #1

  1. Telinga kita akan meghasilkan lebih banyak tahi telinga semasa kita takut berbanding jika kita berada dalam keadaan normal. Tapi kalau tahi tu dah tahap sampai meleleh keluar, tu bukan penakut dah. Tu dah tahap pengotor.

  2. Tumbuh-tumbuhan juga boleh mendapat demam jika mereka sakit. Aku tak rasa tumbuhan memerlukan panadol ketika beliau-beliau ni demam.

  3. Berus gigi pertama telah dibuat di China namun bulu nilon pertama yang digunakan untuk memberus gigi telah dicipta oleh DuPont pada tahun 1938. Habis tu berus gigi China tu pakai bulu apa? Khinzir kah?

  4. Jika dikenakan arus elektrik sebanyak 50 volt, ekor seekor kucing akan sentiasa menunjukkan ke arah utara. Bagaimana kalau dikenakan dengan 250 volt. Agak-agak ekor kucing tunjuk arah mana?

  5. Lebih 3 peratus daripada ais yang terdapat di glasier Antartik sebenarnya air kencing penguin. Ini bermakna penguin-penguin tersebut makan, tidur dan bersantai diatas air kencing mereka sendiri?

  6. Tulang peha manusia adalah lebih kuat berbanding konkrit. Tapi kalau kena hempuk dengan konkrit, patah jugak kan tulang tu?

  7. Di Sedalia, Missouri, sesiapa yang didapati bersalah kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan, akan dijatuhkan hukuman berada di rumah perlindungan haiwan selama sebulan. So, janganlah buat perkara #4 di Missouri.

  8. Orang lelaki mempunyai darah yang lebih banyak berbanding wanita, iaitu lelaki mempunyai 1.5 gelen darah manakala wanita hanya 0.875 gelen sahaja. Memang lah. Sebab wanita tiap-tiap bulan hilang darah kan?

1 cemuhan:

Anonymous said...

fakta no 8 tuwh bengap sket..
hahahha...
tp btol la..:p