my conscience

the whispers that controls me

31 October 2008

Pantai.Penat.Puas



25 & 26 oktober 2008

membuatkan aku teringat tentang betapa syok nya lepak kat tepi laut..
walaupun dah besar-besar ni, rasa seronok gak maen campak2 bola kat laut..main pasir pantai..haha..
walaupun penat tahap lembu baru lepas bersalin..

Fakta-Fakta
1. Nabil sorang jek yang takda sluar pantai bunga-bunga.HAHAHA!!
2. Botak digoda oleh 3 gadis (budak-budak skolah)
3. Sluar bunga bunga Tio koyak rabak..dah boleh buat kain buruk lap meja.
4. Herman malu nak bukak baju depan perempuan..
5. Hanya budak-budak yang sabar menunggu daging BBQ dapat daging yang lembut..
Yang awal-awal semua daging liat cam slipar jepun.
6. Nabil hampir-hampir nak menangis sebab takde sape setuju dengan cadangan dia utk
bergambar kt tepi laut time nak balik..last2 terpaksa gak setuju sbb Nabil dah
buat muka tapir dia...HAHAHA!!


Gambar Gambar











24 October 2008

PENANTIAN

DIMULAKAN DENGAN CISS!!!

kali ni memang betol-betol kecewa..kecewa tahap dewa-dewi jula-juli bintang tiga...
boleh menitis airmata dibuat nye..

kalau tak reti buat, cakap jela tak reti.ni tidak beriya-iya cakap boleh..
ni la klau orang da gila duit.pikir nk untung je..
yang aku ni pun satu gak..gatal nak buat kt situ.nak save bajet konon.
sudahnya, aku yang melopong.

lepas ni aku dah tak nak develop film dekat shah alam..baik aku buat dekat SS2..baru puas hati..3 roll film aku habis macam tu je...

kepada kawan-kawan yang telah menanti sekian lama untuk menatap gamba-gamba tu, aku mintak maaf banyak sebab dah kecewa kan korang. gamba semua tak jadi..aku pon lagi kecewa..
duit aku pun dah melayang dengan girangnya, masuk ke dalam saku apek kedai gamba tu.. huhuhu...

input ada...output kosong!!!

Chow!

22 October 2008

PENCARIAN

uih...
kebosanan yang aku alami pada ketika ini sudah mencapai tahap ke-5.nak study, otak dah tepu.sampai aku sendiri pun tak tahu apa yang aku baca.dekat 5-6 kali aku stuck baca perenggan yang sama.tapi tak paham-paham jugak.

Banyak sangat benda yang berlegar-legar di dalam kepala otak aku.
Aku rasa aku memerlukan sesuatu yang boleh membius sejenis kuasa atom ke dalam otak aku agar dapat memecahbelahkan pembekuan mindaku yang pasif ni..

Tapi aku pun tak pasti apakah "sesuatu" yang aku cari tu...ataukah "seseorang"??
Ah...sial la...

sudah nya aku tutup buku,simpan dalam beg, terus online. tgk gamba2 kat lomokids..peh!! lawa-lawa beb.
main mafia wars pon sedap gak.haha!!
kawan-kawan...meh la join mafia wars aku... =)

21 October 2008

JAMUAN RAYA

Every year, mesti penduduk lorong rumah aku akan buat jamuan hari raya..
pasang canopy tgh jalan..makanan of cos la byk kn..siap ad buat karoke tu...hahah!!
games untuk budak-budak kecik macam tiup belon la...kerusi berirama la...mcm2 la...
aku pon mls nk amek pot..

Untuk tahun ni, event tu telah dibuat pada mlm ni...
Aku seperti tahun-tahun sebelum ni..lepas solat Isyak,aku bersiap ala kadar dan terus menuju keluar dengan perot yang dah berbunyi-bunyi...acara tahun ni agak hambar...sbb hujan.
dengan baju yang basah, aku pon mencapai makanan yang dpt dicapai..byk jugak makann tahun ni...

aku mula memerhati kan orang disekeliling aku...hmmm..makin ramai pulak yang aku tak kenal..dah bertambah rupanya penduduk kat kawasan rumah aku.. budak-budak kecik yang dahulunya berlari-lari di tengah jalan smbil memakai pempers pun sudah membesar..
pantas sungguh waktu berlalu. hehe... gadis-gadis pun dah makin cun..

Kemudian timbul satu pesoalan dibenak aku..ke mana hilangnye member-member sepermainan aku dahulu?
hmm...mungkin masing-masing sibuk dengan urusan mereka.



Aku pulang ke rumah dengan baju basah kuyup, meninggalkan makanan2 yang masih banyak di bawah canopy.
Sayup2 kedengaran lagu "dendang perantau" dimainkan..

CHOW!


setiap perkara, setiap benda dan setiap kejadian pasti ada permulaan...
dan juga pasti ada penghujung..
inilah lumrah alam yang kita harus tempuh..samada kita sukakan nya mahu pun tidak..
tak pelu kita lari dari cabaran yang mendatang..tak perlu kita sembunyi dari halangan yang tiba...
kita hanya perlu tabah dan cekal untuk menempuh segala rintangan tersebut tanpa sekali pun berputus asa mengatasinya.

"eh..kalau aku buat macam ni, nanti ape orang kata?"
"boleh ke aku buat ni?"
"ah...besok2 la aku buat.."

benda ni semua la yang menjadi penghalang untuk maju...
persetankan tu semua..
buat je apa yang diinginkan asalkan tak menyalahi disisi undang2 negara mahu pun agama..

apa yang aku merapu ni...??

haha! aku ni pon bukan betol sangat...ckp tak serupa bikin...

the point is...aku cuma nak bagi tahu yang inilah 1st time aku tulis blog...
saja cuba-cuba...tak cuba macam mana nak tahu kan...

dah la...cukup la ni...

CHOW!