my conscience

the whispers that controls me

05 September 2009

Kisah Adi

Mak: adi.. bangun! bangun! kamu tak mau pegi tadika ke hari ni.. dah lambat dah ni! bangun
cepat! Ish.. budak ni..
Adi : ala... malas la mak. Adi penat ni.
Mak: ewah.. bertuah punya budak. Dah pandai sangat la tu.
Adi : memang pun. Cikgu tu yang bodoh. Kawan-kawan pon bodoh. Tiap-tiap hari ajar benda
sama. boring tau. Mak dengar ni eh. "A untuk Ayam, B untuk Bola, C untuk Cicak".. haa..
mak tengok. pejam mata pun Adi boleh hafal.

Cubitan nipis hinggap ke peha Adi. Adi menahan sakit dan terpaksa akur dengan arahan maknya. Adi memikirkan taktik dan alasan baru untuk esok sambil melangkah longlai menuju van Pak Tam.

Tahun 1998

Aku berjalan sambil lewa menuju ke belakang kantin lepas beli karipap dari makcik Munah. Situ memang tempat lepak aku kalau waktu rehat. Aku bersandar di dinding sambil memerhatikan budak darjah ‘atas sikit’ main sep tiang. Baru aku kunyah satu suap karipap, reseptor lidah aku dah memberi ransangan yang bercanggah dengan pemikiran aku.

“Bukan karipap patut rasa kari ke?” Aku kasik test suap lagi. Mana tahu lidah aku yang tak betul. “Ish, semacam jek rasa dia.” Pptuihh!! Pundek. Memang basi karipap ni. Aku campak terus karipap tu dalam longkang dan teguk air anggur untuk hilangkan rasa kelat-kelat masam dekat lidah aku. Hilang stim aku nak makan. Aku terus balik kelas.

Sebelum tu, aku singgah tandas nak buang air kecik. Nak dijadikan cerita, aku ternampak kotak warna merah kat tepi sinki. “eh, macam mana boleh ada rokok kat sini?” Aku terperanjat. “ish...kesalahan berat ni. Kena bagi tau kat cikgu ramli” aku pegang kotak rokok yang masih berisi 4 batang tu dan terus menuju ke bilik guru.

“Cikgu.. saya jumpa benda ni dalam tandas tadi.” Aku hulurkan kotak tu kt cikgu Ramli “Hah!! Bagi dekat saya! Kamu hisap rokok ye?” sergah cikgu Ramli yang sememangnya bengis macam singa bunting. Itu ciri wajib ada pada cikgu disiplin kot. “eh.. tak la. Saya jumpa. Saya tak hisap rokok pun” jawab aku dengan tenang sambil tangan masuk dalam kocek seluar. “kalau saya isap, tak kan la saya nak kasik kat cikgu pulak. Cikgu ni bongok ke?” kata aku dengan bersahaja. Tapi dalam hati je la.

“Oh..bagus-bagus . Ini la pengawas contoh. Jangan hisap rokok. Kalau kamu nampak murid yang hisap rokok, kamu lapor kat saya.” Kata cikgu ramli sambil menepuk2 bahu aku. Aku nampak dia masukkan kotak rokok tu dalam kocek baju dia sambil senyum-senyum kambing.

***

Aku berjalan masuk ke kelas dengan muka proud. Bukan selalu bai aku kena puji dengan cikgu.

“Bai, gua jumpa Dunhill kat meja sebelah. Mamat tu lupa
amek rokok dia. Haha! Save duit aku beli rokok”
– Aku,
sambil berjalan keluar dari mapley dengan asap
berkepul-kepul keluar dari mulut, April 2008.

09 May 2009

Apa Benar


"Orang kata, kita jadi manusia sampai umur 20. lepas tu jadi kerbau, kena kerja keras sampai umur 40. Bila dah 40 dan ke atas jadi monyet, kena buat lawak untuk budak-budak kecik. Dan jadi anjing bila dah umur 60, sebab kena jaga rumah" - Tok Rimau


hmm.. kata-kata ni membuatkan aku berfikir sejenak sambil membayangkan masa hadapan. Realiti kehidupan memang tak seindah novel.

sekadar gambar hiasan

cibai la nyamuk ni. boleh plak dia gigit tapak kaki.

Seminggu duk teperap kat umah takda buat pape an, melainkan main game HITMAN 2. Bangun tido memang la komfem lambat nye, an. paling bangsat pun kol 11 pagi, an. Aku nak balas dendam sebab selalu kena bangun awal pegi keja, an.

Rabu lepas, aku kuar membuang masa kat SACC Mall Shah alam. Tujuan sebenar hanya lah nak cari game baru yang dapat mengisi hari-hari aku yang kosong ni. Dapat la jugak tambah koleksi game an dan secara tak langsung menebalkan album game aku, an.

Nak kata aku ni addict kat game, takde la sangat, tapi addict la jugak. biasa la an, untuk makhluk yang kurang bersosial cam aku ni, game je la yang jadi penyelamat an.

Dalam tengah aku bejalan-jalan tu, aku teserempak dengan spisis couple ni an, pakai baju sedondon! dua-dua t-shirt ijau, dua-dua suar jeans.kasut pun nak sama jugak ADIDAS SUPERSTAR. Nasib baik stlye rambut tak sama. aku ni bukan nak jeles la an. Tapi macam semak je mata aku memandang. tau la korang loving-duving madly deeply do an, tapi perlu ke nak dressup sedondon? takde krativitasi langsung, an.

Banyak lagi tabiat couple-couple ni yang aku meluat tengok. Dah la wat kat public an. Contoh nye:

  • jenis bangsat, korang cium-cium muuah kat public. for fuck sake, get a room fucker!
  • da la bawak awek lepak ngan member, pastu korang boleh suap-suap plak an. klau 1,2 takpe la an.tak kan la korang nak bersuap-suapan sampai abes meal tu? korang pegi pindah meja lain la.
  • tak lepas fon dari tangan. fon tu la nyawa korang an. kejap-kejap call.kejap-kejap mesej. " Hai sayang..buat apa tu? I LOOOVEE U...I MISSSS U SOOOOOO MUCH!!! " cakap kuat-kuat nak bagitau yang korang ni setia la an..
  • nak panggil PAPA...MAMA...kalau dah kawin, takpe la jugak kan nak panggil camtu an. korang da kawin ke masalah nye??
Maybe ada lagi an tabiat jelik yang aku tak jumpa lagi. Ada certain orang tak kesah benda-benda cam ni beraksi depan mata diorang. Tapi, sori ye para couple sekelian diluar sana, aku tak berapa gemar nak nengok nya. no offence. GELI MAT!! MAT..MAt..Mat..mat...

Nota kaki : Game HITMAN 2: Silent Assassin adalah siri hitman yang paling best pernah aku main. Try to get silent assassin ranking in all mission.

Aku tak tau exactly nama sungai ni. Khairil kata Sungai Pisang??! Tak kesah la apa name sungai tu. Yang penting tempat tu dekat dengan area UIA, Gombak.

Gerak dari Batu 3 dalam pukul 8 pagi ( masing-masing bedegar cakap nak gerak kol 6.30 ). Dengan menunggang motobot Aku, terus menuju ke SM teknik Gombak. Tunggu AC kt situ, yang katanya dia ada kelas tambahan. Dia mengajar atau diajar, aku pon tak tau HAHAHAHA!! Sarap jap sebelom meneruskan pengembaraan. Rata-rata gadis kat situ semua berjilbab.

Sampai kat sana aku tak ingat pukul berapa sebab aku tak tengok jam. Tempat memang CARA!! Ada satu pot ni, CARA kuasa dua. Airnya dalam, aku tak dapat jejak kaki la. Yang terbaek nye platform nak terjun tu ada beberapa stage. Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan terjun tiruk mahupun gaya bebas boleh amek platform rendah. Agak-agak yang hati kering tu, pegi la yang platform paling tinggi.

Gambar-gambar akan diuploadkan dalam next posting.


Nota kaki : tempat ni pun memang sesuai sangat-sangat untuk camping.

01 March 2009

Trip To Penang #1

FEBRUARY 2009



























EFIX:
Kodak 200
Normal process
LOMO LC-A

25 February 2009

Fakta Menarik #1

  1. Telinga kita akan meghasilkan lebih banyak tahi telinga semasa kita takut berbanding jika kita berada dalam keadaan normal. Tapi kalau tahi tu dah tahap sampai meleleh keluar, tu bukan penakut dah. Tu dah tahap pengotor.

  2. Tumbuh-tumbuhan juga boleh mendapat demam jika mereka sakit. Aku tak rasa tumbuhan memerlukan panadol ketika beliau-beliau ni demam.

  3. Berus gigi pertama telah dibuat di China namun bulu nilon pertama yang digunakan untuk memberus gigi telah dicipta oleh DuPont pada tahun 1938. Habis tu berus gigi China tu pakai bulu apa? Khinzir kah?

  4. Jika dikenakan arus elektrik sebanyak 50 volt, ekor seekor kucing akan sentiasa menunjukkan ke arah utara. Bagaimana kalau dikenakan dengan 250 volt. Agak-agak ekor kucing tunjuk arah mana?

  5. Lebih 3 peratus daripada ais yang terdapat di glasier Antartik sebenarnya air kencing penguin. Ini bermakna penguin-penguin tersebut makan, tidur dan bersantai diatas air kencing mereka sendiri?

  6. Tulang peha manusia adalah lebih kuat berbanding konkrit. Tapi kalau kena hempuk dengan konkrit, patah jugak kan tulang tu?

  7. Di Sedalia, Missouri, sesiapa yang didapati bersalah kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan, akan dijatuhkan hukuman berada di rumah perlindungan haiwan selama sebulan. So, janganlah buat perkara #4 di Missouri.

  8. Orang lelaki mempunyai darah yang lebih banyak berbanding wanita, iaitu lelaki mempunyai 1.5 gelen darah manakala wanita hanya 0.875 gelen sahaja. Memang lah. Sebab wanita tiap-tiap bulan hilang darah kan?